Ahli keluarga terkena sih1r? Peminat bimbang status Remy Ishak – “Aku dah tahu semua benda yang kau buat!”

0
90

Remy tidak mendedahkan status memberi amaran itu ditujukan kepada siapa.

TINDAKAN Remy Ishak memuat naik status memberi amaran kepada seseorang di Instastory pada Khamis meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Beberapa orang peminat menghantar paparan skrin status tersebut kepada mStar dengan meluahkan kebimbangan terhadap aktor tersebut.

Menerusi status tersebut, Remy, 37, menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap seseorang jika ada perkara buruk yang berlaku terhadap keluarganya akibat perbuatan sih1r.

“Aku dah tahu semua benda yang kau dah buat. Sekiranya ada perkara yang tidak baik berlaku pada keluarga saya melibatkan sih1r, saya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Peminat bimbang melihat status Remy.

Bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak ini tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai situasi dan perkara sebenar yang berlaku.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan pelakon filem Sangkar itu juga tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej.

Dalam pada itu, menerusi pemeriksaan mStar, Remy kini jarang aktif di laman sosial dan kali terakhir dia memuat naik foto pada empat hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ni mak ambil gambar kenangan kita kemas garden sekangkang kera.

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

Perkongsian foto Remy sedang menguruskan tanaman yang dirakam oleh ibunya sendiri mendapat lebih 563,000 tanda suka dan 740 komen.

 

Kredit: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here