Air Mata Hana & Hani Buat Ramai Yang Seb4k

0
480

“Mama dan baba pergi teman atuk (kenalan rapat bapanya) ke syurga” kata Hana Safiyyah Muhammad Hamadi, 6, ketika mengiringi jenaz4h ibu bapanya untuk dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Hana Safiyyah adalah anak sulung kepada Nur Syuhadah Zaini, 31, dan suaminya, Muhammad Hamadi Zakaria, 31, yang mavt dalam kemal4ngan membabitkan tiga motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya, kelmarin.

Kanak-kanak itu dan adiknya, Hani Safina, 2, menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka meningggal dunia dalam kem4langan berkenaan.

Adik kepada arw4h Nur Syuhadah, Aizad Ahmad Zaini, 30, berkata, kedua-dua anaknya itu bagaikan mengerti pemergian ibu bapa mereka.

“Kanak-kanak terbabit turut melihat jenaz4h ibu dan bapa mereka selepas proses bed4h siasat.

JENAZ4H kedua-dua mangs4 dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Seksyen 21, Shah Alam.

“Hana dan Hani hanya mampu menangis, dia (Hana) juga ada beritahu mama dan baba teman atuk iaitu kenalan rapat ayahnya ke syurga,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Aizad berkata, anak saudaranya itu juga ada bertanya di mana mama ketika sarapan pagi semalam.“Kebiasaannya, memang kakak saya yang buatkan dia sarapan, pagi tadi (semalam) dia tanya di mana mama.

“Hari ini (semalam) saya bawa kedua-dua anak saudara bersiar-siar bagi mengurangkan kesedihan mereka,” katanya.

Katanya, setakat ini Hana Safiyyah dan Hani Safina dijaga ibu bapa arwah Nur Syuhadah memandangkan ibu dan bapa arwah Muhammad Hamadi menunaikan haji.

“Selepas ini, baru ahli keluarga berbincang mengenai penjagaan Hana dan Hani.

“Arwah Muhammad Hamadi juga sudah membayar yuran tadika Hana selama setahun, sebelum kejadian berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dua individu yang par4h dalam kem4langan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal di Petaling Jaya, kelmarin masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

“Keterangan kedua-dua mangsa akan diambil dalam masa terdekat selepas keadaan mereka stabil,” katanya.

AHLI keluarga dan kenalan memberi penghormatan terakhir di Madrasah Hidayah Seksyen 11.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here