Akhiri sidang media Cov1d-19 dengan berita sedih, Dr Noor Hisham sebak umum persaraan ‘panglima per4ng’ KKM

 

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak ketika mengumumkan persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perub4tan), Datuk Dr Rohaizat Yon.

Pengumuman itu dibuat selepas mengakhiri sesi soal jawab pada sidang media harian berkaitan kes Covi1d-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya, petang Rabu.

“Dengan berat hati, ingin saya memaklumkan bahawa hari ini adalah kali terakhir salah seorang panglima per4ng saya iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada 10 Jun 2020.

“Setelah berkhidmat selama 35 tahun dan 10 hari, beliau telah bersama dengan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengharungi dan memerangi wab4k Cov1id-19,” katanya.

Kedengaran suara Dr Noor Hisham tersekat-sekat cuba menahan sebak, namun meneruskan ucapannya.

“Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Serangkap pantun istimewa buat Dr Rohaizat sempena persaraan beliau.

Bagi mereka yang mengikuti sidang media berkenaan menerusi penstriman secara langsung di halaman Facebook rasmi KKM, turut disertakan serangkap pantun istimewa buat Dr Rohaizat.

“Daun selasih daun mengkudu, terima kasih Datuk Rohaizat, we all love you..,” demikian pantun yang ditujukan daripada seluruh anggota program perubatan dan warga KKM.

Sejak sidang media mengenai Cov1id-19 yang dikendalikan oleh Dr Noor Hisham hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu, Dr Rohaizat turut sama-sama setia ketika pengumuman dibuat bagi memaklumkan perkembangan mengenai pandemik itu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Akhiri sidang media Cov1d-19 dengan berita sedih, Dr Noor Hisham sebak umum persaraan ‘panglima per4ng’ KKM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*