Alya Ded4h Gambar Hari Pertunangannya Dengan Ushawan Mahathir Mohd

 

Pelakon Alya Iman mengakui dia sebenarnya sudah mengenali bekas tunangnya yang dikenali sebagai Mahathir Mohd itu sejak lebih setahun yang lalu melalui satu hubungan kerja.

Bagaimanapun, hubungan mereka itu hanya bertukar menjadi serius selepas tiga bulan berkenalan.

“Saya mula mengenali dia melalui hubungan kerja pada Mac 2019 kerana saya bekerja sebagai ejen produk kesihatan untuk menguruskan badan.

“Ketika itu, saya berada dalam keadaan sukar kerana baru putus cinta. Pada Jun 2019, kami memulakan hubungan yang lebih serius,” katanya kepada Gempak.

Bahkan, menurut Alya, sepanjang tempoh itu juga, dia mengakui keluar bersama lelaki berstatus suami orang itu  secara terbuka seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

“Dia mengatakan bahawasanya isteri dia tahu akan kehadiran saya dan menerima seadanya. Oleh yang demikian saya tidak malu untuk hadir ke pejabat bekas tunang saya mahupun keluar bersama.

“Sepanjang hubungan ini, saya mempercayai kata-katanya dan membawa kepada majlis lamaran saya pada 27 Februari 2020 sempena ulang tahun saya ke-19 yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat seperti yang saya kongsikan sebelum ini,” katanya lagi.

Anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha itu tampil menjelaskan hal tersebut selepas timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan namanya tanpa henti.

Bahkan, terdahulu, seorang individu mengaku sebagai ahli keluarga turut tampil menafikan bahawa Alya sudah bertunang.

Begitupun Alya kemudian berkongsi kepada Gempak gambar ketika hari pertunangannya termasuk cincin pertunangannya sebagai bukti bahawa apa yang diperkatakannya itu benar.

Katanya, majlis tersebut hanya dihadiri oleh ibu kandungnya dan seorang kakaknya sahaja.

Begitupun, menurut Alya, cincin pertunangan itu juga sudah dipulangkan kepada bekas tunangnya selepas membuat keputusan untuk berpisah sebaik mengetahui bahawa hubungan tersebut terjalin tanpa pengetahuan isteri individu tersebut.

“Saya hanya mengetahui hal sebenar pada Mac ketika isteri dia telah menelefonnya ketika dia bersama saya, seterusnya dia menipu dengan mengatakan dia sedang bermesyuarat dengan orang lain.

“Selepas perkara tersebut berlaku, saya telah memutuskan hubungan dengan cara yang baik dan kekal berkomunikasi dengan dia,” jelasnya.

Terdahulu, kisah Alya menjadi tumpuan ramai selepas seorang isteri ahli perniagaan mendedahkan cerita kecur4ngan suaminya.

Sejak itu, satu demi satu kisah Alya menjadi perbualan warga net sehingga ada yang mendakwa dirinya sebagai ‘gold digger’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Alya Ded4h Gambar Hari Pertunangannya Dengan Ushawan Mahathir Mohd"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*