“Anak buah aku ni patut jadi model dah…” – Comel berhijab, mata bulat lentik habis, anak melayu tulen

0
446

Baru-baru ini perkongsian seorang pemuda di laman Twitter yang memaparkan foto-foto anak saudara perempuannya telah berjaya mencuri perhatian netizen.

Menggunakan nama akaun Denial Muslim, pemuda itu memuat naik foto anak saudaranya yang dipakaikan tudung, telah mendapat 14 ribu retweet dan 33 ribu tanda suka.

Mana tidaknya, dengan wajah yang comel mempunyai mata yang bulat dan berbulu lentik, saling tak tumpah seperti anak kacukan.

Tiada kacukan, anak Melayu sejati

Menurut ibu kanak-kanak itu Tiara Marina Muslim, yang ditemu ramah mStar, memberitahu bahawa anaknya yang diberi nama Nur Dianzaskia Andrika Putra berusia lingkungan satu tahun, bukanlah berdarah kacukan.

Gambar Zaskia yang dirakam sewaktu kecil.

Tiara memaklumkan, adik lelakinya itulah yang menggayakan anaknya bertudung hitam, sebelum dimuat naik ke laman Twitter dan menjadi tular.

“Memang darah Melayu saja. Malah mata saya dan suami pun tidaklah sebulat mata Zaskia, biasa-biasa saja. Apabila ada yang komen positif, saya ucapkan syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Kata wanita ini lagi, berkemungkinan bulu mata yang lentik itu disebabkan petua yang diamalkan ibunya.

Pada usia Zaskia sebulan, ibu saya menggunting sedikit hujung bulu matanya. Sebelum itu, petua itu turut dilakukan terhadap anak pertama dan anak kedua saya. Agaknya sebab itulah bulu mata mereka lentik.

TIARA MARINA MUSLIM

IBU

“Pada usia Zaskia sebulan, ibu saya menggunting sedikit hujung bulu matanya. Sebelum itu, petua itu turut dilakukan terhadap anak pertama dan anak kedua saya. Agaknya sebab itulah bulu mata mereka lentik.

“Petua itu ibu peroleh daripada kawannya, jadi dia cuba buat pada anak saya. Kalau semasa mengandung pula, saya tidaklah ada amalkan petua pelik-pelik. Seperti ibu-ibu lain, saya suka tengok gambar bayi-bayi comel.

“Mengidam pun tidak juga. Hanya masa mengandungkan Zaskia, saya kerap makan buah tembikai merah tapi itu bukan petua, ia sekadar keinginan saya saja,” katanya mengakhiri bicara.   

Siapa ada yang nak buat menantu

Selepas gambar anaknya itu tular, dia dimaklumkan ramai yang memuji kecomelan anaknya sehingga ada yang mahu membuat sebagai menantu bila dewasa nanti.

“Siap ada orang nak masuk meminang tu yang tak tahan, kami ketawa sahajalah. Ini semua kerja pakcik dia…”

Memang tak jemu mata memandang wajah si comel ini, semoga adik ini membesar dengan akhlak secantik paras rupanya dan menjadi anak yang solehah.

 

Sumber : Denial Muslim & mStar via OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here