Beli Peti Simpanan RM2,096 Dan Menemui Wang Tunai RM31.45 Juta!

0
101

Seorang lelaki yang gemar membeli barangan lelong menemui tuah apabila peti simpanan yang dibeli pada harga RM2096.50 ($500) sebenarnya mengandungi sejumlah wang yang sangat besar mencecah sehingga RM31.45 juta!

Kisah mengenai penemuan ini telah dikongsikan sendiri oleh bintang rancangan televisyen Storage Wars iaitu Dan Dotson dan isterinya, Laura.

Menurut Dan, seorang wanita tidak dikenali telah datang kepadanya ketika mereka berada di satu majlis lelongan kebajikan Cars, Stars and Rock N’ Roll di Indio, California. Wanita itu memberitahu bahawa dia mempunyai satu kisah yang ingin diceritakan kepada Dan.

“Wanita itu menghampiri saya dan memberitahu suaminya bekerja untuk seorang lelaki dan lelaki itu telah membeli sebuah unit penyimpanan daripada saya pada harga RM2096.50 dan menemui peti simpanan di dalamnya,” kata wanita itu kepada Dan.

Wanita itu kemudian menceritakan bahawa pemilik baharu itu telah memanggil tukang besi untuk membantu membuka peti simpanan berkenaan. Alangkah terkejutnya mereka apabila sebaik sahaja peti itu berjaya dibuka, mereka telah menemui sejumlah wang tunai yang banyak di dalamnya!

Selepas kisah penemuan itu didedahkan, Dan memaklumkan bahawa keadaan menjadi semakin rumit apabila pemilik baharu peti itu telah dihubungi oleh peguam yang mewakili pemilik asal peti berkenaan.

Menurut laporan, pemilik baru peti itu telah ditawarkan dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM2.5 juta sekiranya mereka bersetuju untuk memulangkan semula semua wang yang ditemui itu kepada pemilik asal.

Bagaimanapun, pemilik baharu ini menolak tawaran tersebut dan membuatkan peguam menawarkan ganjaran yang lebih tinggi iaitu mereka dibenarkan untuk menyimpan sebanyak RM5.03 juta daripada jumlah keseluruhan yang ditemui itu.

Pihak The Storage Wars bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli peti itu mahupun wanita yang menceritakan mengenai perkara ini kepada Dan. Malah, tarikh dan tempat pembelian itu dilakukan juga tidak dibongkarkan kepada umum.

Dan dan Laura telah mengongsikan kisah penemuan yang menakjubkan ini di media sosial dan menanyakan para pengikut tentang tindakan yang mereka ambil sekiranya perkara itu berlaku kepada diri mereka. Adakah mereka akan menyimpan wang tersebut atau menyerahkannya semula kepada pemilik asal?

“Unit ini dijual pada $500, pembeli temui $7.5 juta wang tunai, peguam mewakili pemilik asal peti itu hubungi mereka dan menawarkan $1.2 juta sebagai ganjaran untuk memulangkan semula semua wang itu. Apa yang akan anda lakukan?”

 

Kisah ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberikan pelbagai respon menarik.

“Jika mereka mempunyai begitu banyak duit, kenapa mereka tidak beli sahaja peti itu? Kenapa mereka letakkan duit di dalamnya?”

Seorang lagi netizen memberi komen, “Saya akan simpan! Kenapa mereka tidak membeli peti itu dan menunggu sehingga seseorang terpaksa membuka peti?”.

Sementara itu, rakan Dan yang juga pemilik Bargain Hunters Thrift Store iaitu Rene Nezhoda mengesyaki wang tunai sebanyak itu berkemungkinan besar mempunyai perkaitan dengan kumpulan mafia atau dadah.

“Jika anda menemui wang dalam keadaan itu, mungkin ada sebabnya mengapa wang itu tidak disimpan di dalam bank,” kata Rene.

PIHAK yang menjumpai barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya perlu mengambil tanggungjawab dan amanah untuk memulangkan kepada tuannya atau menyimpan barang itu sehingga menemui pemiliknya.

Namun, andai barangan yang dijumpai itu mudah rosak seperti makanan, maka individu yang menjumpainya boleh menggunakan atau memakannya, tetapi dengan syarat bersedia membayar harga nilai barangan itu jika dituntut tuannya nanti.

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Sukki Othman, berkata masyarakat tidak boleh ambil mudah dengan membuat keputusan sendiri kerana terdapat mekanisme atau kaedah menguruskan barang yang dijumpai disebabkan tercicir.

“Merujuk hukum menjumpai atau memungut barang yang tercicir, kita boleh ambil jika berasakan diri amanah serta berniat hendak memulangkan kepada tuannya. Jika kita rasa diri tidak amanah, maka jangan ambil.

Sedia bayar jika pemilik tuntut

“Bagi barang yang mudah rosak seperti makanan, individu berkenaan boleh mengambil dan memakannya tetapi hendaklah bersedia membayar harga makanan itu jika dituntut oleh pemiliknya.

Sebabnya, jika dibiarkan dikhuatiri barang itu akan rosak. “Pihak yang menjumpai barang tercicir perlu memastikan bentuk sebenar barangan itu, mengumumkan kepada orang ramai selama tempoh satu tahun, menyimpan jika tiada yang menuntut dan mengembalikan apabila ada pemilik menuntutnya,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Dalam kejadian di FELDA Selendang, Rompin kelmarin, beberapa penduduk menyembelih seekor lembu seberat 300 kilogram (kg) yang patah kaki akibat kemalangan selepas tiada siapa mengaku haiwan itu milik mereka.

Alasan penduduk, mereka tidak mahu membiarkan lembu itu mati kesakitan, manakala daging yang sudah disembelih itu diagih kepada orang yang melapah dan kenalan terdekat mereka

Mengulas perkara itu, Mohd Sukki berkata, sewajarnya mereka yang menjumpai lembu berkenaan mengisytiharkannya untuk mencari pemilik haiwan itu kerana setiap barang sudah pasti ada tuannya.

“Kejadian berlaku di kawasan kampung, jadi tidak munasabah lembu itu tiada pemiliknya. Namun, penduduk hendak selamatkan daripada lembu itu menjadi bangkai.

“Oleh itu, mereka yang mengambil daging berkenaan hendaklah bersedia membayar harga daging terbabit jika tuannya membuat tuntutan,” katanya.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Daily Mail, New York Post, News.com.au

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook @Viwanita Press

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here