“6 pagi mereka sudah panjat pokok untuk curi buah” – Shaheizy Sam Buat Aduan , Risau Keselamatan Ibu.

0
1526

GARA-GARA kawasan rumah sering menjadi sasaran penjen4yah dan sarang penagih dad4h, pelakon veteran Khaty Fauziah bimbang mengenai keselamatan dia dan suami.

Lebih menakutkan apabila ibu kepada aktor Shaheizy Sam ini pernah dihampiri beberapa individu tidak dikenali yang dipercayai menyamar sebagai jurujual dari rumah ke rumah sebelum melakukan jen4yah.

Khaty kini menetap di Jalan Pokok Mangga Kampung Padang, Melaka, bersama suami, Abdul Samad Jaaman.

“Saya baharu sahaja pindah ke rumah baharu, di Melaka. Kami buat rumah baharu di sini.

“Tetapi kawasan ini banyak kes. Ada kes pecah rumah dan juga sc4m. Pernah sekali tu mereka datang meny4mar naik satu kereta.

Khaty mendakwa kawasan belakang rumahnya menjadi port lepak penagih dad4h.

“Mereka datang dan singgah ke rumah saya cakap nak jual CD, barang kecantikan… ada banyak lagi barang lain yang dijual,” kata Khaty kepada mStar.

Bimbang dengan situasi itu, Shaheizy segera menulis surat ke Ibu Pejabat P0lis Daerah Melaka Tengah pada 22 Julai lalu bagi mendapatkan bantuan rondaan demi  keselamatan ibunya dan seluruh penduduk sekitar.

Permohonan Shaheizy menerima maklum balas positif daripada pihak p0lis menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lalu dengan menyatakan kesediaan badan beruniform itu untuk meningkatkan rondaan bagi mencegah jen4yah di kawasan yang dinyatakan.

Bercerita lanjut mengenai situasi cemas yang dilalui selepas beberapa bulan menetap di situ, Khaty berkata kawasan semak di belakang rumahnya juga sering dijadikan sarang penagih dad4h untuk melepas gian.

“Terlalu banyak kes di sini. Sebab itu Sam bimbang kerana di sini saya tinggal berdua sahaja dengan suami, tapi dia juga selalu keluar outstation.

Antara posting yang dimuat naik Khaty di laman Instagram miliknya.

“Saya t4kut kerana belakang rumah ada kawasan semak. Di situ pula ada pokok mangga, pukul 6 pagi mereka sudah panjat pokok untuk cvri buah,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut Khaty dia kini berasa lega dengan keprihatinan pihak p0lis mengenai masalah yang diajukan.

Katanya tindakan pantas pihak p0lis meningkatkan rondaan membuatkan dia dan penduduk sekitar berasa lebih selamat.

sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here