Cara ‘Sopan’ Yusuf Minta Nak Main Beyblade Dipuji Netizen, Cute Sangat!

0
181

Anak kepada pasangan terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha seringkali menjadi perhatian peminat anak selebriti. Malah, sejak dilahirkan Yusuf Iskandar sudahpun dikenali ramai Anak selebriti terkenal

Bagaimanapun, cara didikan Hairul mahupun Hanis sentiasa dipuji apabila melihat Yusuf yang kini sangat sopan ketika bercakap. Terbaru, video yang dimuat naik menerusi laman Instagram si cilik ini sendiri yang mana pengikutnya sudahpun meraih 2.6 juta membuatkan ia menjadi perhatian.

Sangat comel! Mana taknya, gelagat Yusuf sedang memerhati ayahnya sedang bermain permainan yang kini sedang hangat diperkatakan iaitu Beyblade sangat comel.

VIDEO :

Sopannya dia mintak. Malah caranya meminta untuk bermain sangat sopan, netizen juga memuji sikap Yusuf yang sangat bagus.

Cutelah time dia pandang daddy dia..

Semoga dapat anak..

’10 Fakta Mengenai Yusuf Iskandar Yang Dided4hkan Oleh Hanis Zalikha’

Baru-baru ini, Hanis Zalikha sekeluarga termasuk anaknya, Yusuf Iskandar telah dilantik menjadi duta kepada produk Anmum Essential. Menerusi wawancara ekslklusif Hanis bersama Hangat.com, kami berjaya merungkai 10 fakta disebalik tabiat dan perangai kanak- kanak paling popular ini.

#1. Yusuf Gemar Berkawan. Menurut Hanis, Yusuf seorang yang cukup excited apabila terjumpa bayi ataupun kanak-kanak yang lebih besar daripadanya. Dia seorang yang mudah bergaul dan akan berkawan dengan sesiapa sahaja.

#2. Hyperaktif Dan Suka Aktiviti Lasak. Mengikut perangai ibu dan bapanya, Yusuf sememangnya seorang yang lasak. Buktinya dia tidak takutkan air dan cukup teruja apabila dapat berenang. Power lah Yusuf!

#3. Sejak Lahir Diperkenalkan Dengan ‘Abang’. Buat anda yang mengikuti perkembangan Yusuf, anda pasti tahu dia mempunyai seorang ‘abang’ yang dikenali sebagai Bujibu Chempel.

Yusuf sejak lahir lagi sudah diperkenalkan dengan Bujibu yang merupakan seekor kucing. Ini juga adalah tips Hanis buat ibubapa yang mempunyai kucing dan takut pada alahan kerana cara ini mampu mengurangkannya.

#4. Suka Makan. Ketika ditanya soal Yusuf dimanjakan dengan harta benda, Hanis menolak dakwa4n tersebut. Ini kerana dia menganggap Yusuf seperti kanak-kanak lain, ada masa Yusuf akan dimanjakan. Bukan dengan harta benda, sebaliknya dimanjakan dengan makanan kegemaran dan yang berkualiti. Brokoli adalah kegemaran Yusuf!

#5. Suka Haiwan. Mereka sendiri terkejut apabila melihat Yusuf begitu sukakan haiwan. Hairul dan Hanis sedar akan kegemaran Yusuf ini apabila mereka sekeluarga kali pertama ke Night Safari dan disitu Yusuf telah memberi makanan kepada haiwan tanpa rasa takut.

#6. 2 Juta Pengikut Di Instagram. Tidak dinafikan Yusuf antara kanak-kanak paling popular buat masa ini. Selepas memenangi anugerah Meletop, Yusuf juga sehingga kini mempunyai 2 juta pengikut di Instagram yang turut mengalahkan populariti beberapa selebriti terkenal yang lain.

#7. Dapat Tawaran Filem. Pasti ramai yang tertanya-tanya tiadakah tawaran berlakon dan sebagainya diterima oleh Yusuf. Menurut Hanis, Yusuf ada menerima tawaran sebagai cameo dalam sebuah filem, namun Hanis dan suaminya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu anak mereka terbeban dengan skrip lakonan yang diterima memandangkan Yusuf masih kecil.

#8. Bergilir Jaga Yusuf. Kedua-duanya bergelar selebriti dan siapakah yang menjaga Yusuf? Meskipun terikat dengan penggambaran dan sebagainya, Hanis dan Hairul akan bergilir-gilir menjaga Yusuf.

#9. Tidak Didedahkan Dengan Telefon Pintar. Dengan teknologi kini, telefon pintar juga merupakan antara alat permainan kanak-kanak kini. Bagi Hanis sehingga Yusuf berumur setahun, dia akan menggelakkan anaknya itu bermain dengan gajet seumpama in dan sehinggalah kini Yusuf dibenarkan bermain untuk seketika dengan pengawasan mereka.

#10. Yusuf Dance Tul4r. Baru-baru ini tul4r mengenai sebuah video dimana menunjukkan aksi spontan Yusuf yang dilihat seperti menari. Kata Hanis, ianya sebenarnya adalah sebuah gambar ‘live’ dan ramai yang beranggapan ianya adalah boomereang. Sejak itu, Yusuf Dance telah tular sehingga beberapa orang artis terkenal turut mengajuk keletah Yusuf yang sangat cheeky!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: CokelatPutih

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook @Viwanita Press

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here