Dua minggu dirawat, Aishwarya Rai dan anak disahkan bebas C0v1d-19

 

AKTRES terkenal Bollywood Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya disahkan negatif C0v1d-19.

Berita itu dikongsi suaminya yang juga pelakon Abhishek Bachchan menerusi laman Twitter pada Isnin.

Aishwarya dan anaknya dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif v1rvs itu pada 12 Julai lalu.

Bagaimanapun, Abhishek dan bapanya pelakon terkenal Amitabh Bachchan yang terdahulu disahkan positif v1rvs itu masih di bawah pemerhatian pihak perubatan.

“Terima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan. Saya rasa sangat terhutang budi. Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan negatif dan dibenarkan pulang.

“Mereka sekarang berada di rumah. Saya dan ayah masih di hospital bawah jagaan staf perubatan,” tulis Abhishek.

Abhishek Amitabh disahkan positif C0v1d-19 pada 11 Julai lalu.

Sebaik saja keputusan pemeriksaan tersebut dikeluarkan, mereka dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai, India.

Sumber: Indiatimes

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Dua minggu dirawat, Aishwarya Rai dan anak disahkan bebas C0v1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*