Gara-gara buat persiapan terlalu awal, ramai keliru jantina anak Nadzmi Adhwa – “Boy ke girl ni… kenapa pula pakai baju lelaki?”

 

PERKONGSIAN foto-foto terbaharu anak pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Ayana iaitu Arwa Malaikha Urwa yang baru berusia sebulan itu mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa keliru dan mempersoalkan pemilihan pakaian anak perempuan mereka seperti bayi lelaki.

“Allah terkejut… ingat salah tengok. hehe. Dua-dua boleh ya. Ada muka lelaki, ada muka perempuan yang penting comel.

 

Awal sangat masa itu, tak tahu lagi jantina awak sayang tapi abie beli juga sebab baju dia comel-comel.

NADZMI ADHWA

PELAKON

“Kenapa pakaikan dia baju melayu tapi dia pakai gelang tangan… pelik juga ini.

“Boy ke girl ni… kenapa pula pakai baju lelaki? Makcik-makcik pun keliru,” komen beberapa netizen.

Selepas menerima banyak persoalan daripada netizen, Nadzmi, 28, tampil menjelaskan dia membeli baju-baju untuk anaknya sebelum mengetahui jantina bayi berkenaan.

Bagaimanapun, Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, berkata, baju itu sesuai dipakai oleh bayi lelaki atau perempuan.

“Masa beli baju ini awak dalam perut lagi. Awal sangat masa itu, tak tahu lagi jantina awak sayang tapi abie beli juga sebab baju dia comel-comel.

Komen balas bagi menjelaskan kekeliruan netizen.

“Baju ini unisex la… lelaki atau perempuan boleh. Masa dalam perut mula-mula doktor tengok boy, jadi ada beli sikit baju macam boy dan girl boleh pakai romper jadi selamat lelaki atau perempuan boleh pakai.

“Masa hujung-hujung baru dapat tahu jantina sebenar keluar girl. Romper ini sebenarnya baju unisex tapi sebab kepala dah botak. Kalau sarung baju pink, orang kata perempuan. Pakai baju biru, orang kata lelaki.

“Tapi sebenarnya pakai apa yang selesa dan mudah. Harap ramai yang berfikir terbuka dan lebih positif,” tulisnya di ruang komen di akaun Instagram anak mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.

Sumber : mstar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Gara-gara buat persiapan terlalu awal, ramai keliru jantina anak Nadzmi Adhwa – “Boy ke girl ni… kenapa pula pakai baju lelaki?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*