“Dah Cantik Baik Pula” – Wanita Bantu Pemuda Towing Motor Dpt Pujian Ramai

0
166

 

“DAH la cantik, baik hati,” begitulah komen seorang netizen berhubung sikap prihatin seorang gadis yang sanggup membantu dua individu dalam kesusahan.

Menerusi video tular di Twitter, Nadia Syakila Mohd Zainodin mengekori dua lelaki yang sedang menunda motosikal, dipercayai rosak sewaktu dia dalam perjalanan menuju ke Skudai, Johor Bahru pada Hari Merdeka, Sabtu lalu.

“Masa memandu kereta nak balik ke rumah, saya nampak dua lelaki tengah tunda motor. Mereka macam struggle, jadi saya ambil keputusan ekori mereka dari belakang dan nyalakan lampu double signal.g

Agak bahaya sebab banyak kereta laju, gelap dan ada lori. Saya sempat ikut dalam beberapa ratus meter sahaja, lepas tu kami terpisah di traffic light.

“Tapi masa tu dia sempat angkat tangan kepada saya sambil cakap terima kasih,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

 

Saya tolong sebab kasihan. Mungkin hari ni kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita pula. Tak kiralah apa bangsa atau agama.

NADIA SYAKILA MOHD ZAINODIN

Mesra disapa Nadia, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu mengakui simpati melihat dua individu berkenaan tempoh hari.

Malah, dia menyifatkan tindakan itu sebagai satu pertolongan kecil untuk memastikan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Nadia merupakan penuntut bidang muzik di UiTM yang kini menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara.

Mengulas komen sebilangan netizen yang turut menganggap kemuliaan hatinya seiring kecantikan dirinya, Nadia bersyukur dengan respon positif yang diterimanya.

“Saya tolong sebab kasihan. Mungkin hari ni kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita pula. Tak kiralah apa bangsa atau agama.

“Saya terkejut video tu viral, saya sekadar kongsi untuk kesedaran bersama. Saya gembira dengan respon positif dan cuba jadi contoh teladan untuk orang lain.

Posting Nadia di Twitter.

“Pasal puji cantik, ayat tu buat saya tergelak. Niat nak bantu orang, paras rupa tu pinjaman sementara je,” ujarnya.

Nadia yang juga pelajar tahun akhir dalam bidang muzik kini bertugas sebagai guru praktikal di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur.

Video yang dimuat naik oleh anak kelahiran Johor itu sehingga kini menerima lebih 150,000 tontonan.

Sumber Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here