Hukvman lebih ber4t bagi pemandu mabvk – Anthony Loke

0
58
Kredit foto: Berita Harian

Kuala Lumpur, 29 Jan – Kerajaan akan mengetatkan hvkuman ke atas pemandu yang memandu di bawah pengaruh alk0h0l dan d4d4h, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, kementerian sedang menunggu pandangan dari pelbagai pihak termasuk pihak perundangan, kesihatan dan keselamatan untuk merangka bentuk hvkuman bagi pesalah.

Perkara berkenaan akan dibawa ke Parlimen seawal Jun atau Julai akan datang, tambahnya.

Hvkuman semasa bagi pemandu di bawah pengaruh alk0h0l dan d4d4h hingga menyebabkan kemat1an adalah denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000 dan penjara minimun 3 dan maksimum 10 tahun.

Selain itu, had alk0h0l yang dibenarkan akan turut dikaji semula dari 80mg alk0h0l/100 ml darah ke tahap yang bakal ditentukan kelak.

Piawai antarabangsa ditentukan World Health Organisation (WHO) adalah 50mg alklohol/100 ml darah, ujarnya.

Pemandu mabuk perlu tindakan lebih tegas

Kredit foto: Berita Harian

TERDAHULU, Peningkatan kes kemalangan menyebabkan kemat1an oleh pemandu mabvk, membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat sama ada perundangan sedia ada sudah memadai bagi menghukum pelaku.

Menyuarakan kebimbangannya, Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mempersoalkan sama ada kerajaan perlu menggubal undang-undang baharu bagi merungkai permasalahan terbabit.

Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu mendedahkan jumlah kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabvk.

“Kita tahu banyak kes membabitkan pemandu mabvk, jadi bagaimana kerajaan bercadang selesaikan isu ini kerana ada yang membabitkan kemat1an.

“Di Taiwan ada undang-undang memperuntukkan hukvman mat1 kepada pemandu mabvk menyebabkan kemat1an.

“Justeru, apakah kita berpuas hati dengan perundangan sedia ada atau perlu digubal undang-undang baharu berserta peruntukan lebih tegas,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kelmarin, seorang pegawai bank yang baru meraikan sambutan hari lahirnya maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Klang.

Baru-baru ini, kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Mohaidin Gani Mohamad, 58, maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dipandu wanita warga China mabvk, berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown.

Mac lalu, Taiwan dilapor merancang melaksanakan hukvman mat1 terhadap pesalah menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabvk bagi kes serius.

Sementara itu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) menyifatkan Kementerian Pengangkutan seolah-olah tidak tegas dalam menangani isu terbabit.

Beliau turut mempersoalkan sama ada wajar bagi kerajaan meningkatkan hukvman dalam Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji aspek hukvman dan undang-undang lebih keras terhadap kes pelanggaran pemandu mabvk ini.

“Ia termasuk peranti lebih canggih bagi mengesan pemandu memandu secara berbahaya akibat mabvk, seperti diguna pakai banyak negara maju,” katanya.

Menggulung perbahasan selepas itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sebanyak 191 kes kemat1an berpunca daripada pemanduan mabvk direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2018, sedikit menurun berbanding 212 kes pada 2017.

Perkembangan itu, katanya, diberi perhatian serius dan pihaknya akan membuat kajian menyeluruh sebelum memuktamadkan keputusan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita harap Yang Berhormat boleh memberi pandangan kepada Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sama ada Akta Pengangkutan Jalan perlu dipinda.

“Saya menyokong cadangan ini kerana pemandu mabvk menyebabkan kemat1an orang lain perlu diberi hukvman setimpal,” katanya.

 

Kredit: Anthony Loke Siew Fook, Siakap Keli, Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here