“Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami” – Akhirnya isteri kedua Amar Asyraf pula bersuara

0
678
foto by: mStar

ISTERI kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry akhirnya tampil membuka mulut dan mengaku sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu.

Vivy berkata dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua.

“Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.

“Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah.

“Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,” katanya secara eksklusif kepada mStar pada Jumaat.

Ellika Azman dedah hubungan dengan Amar Asyraf.

Pada Khamis, seorang wanita bernama Ellika Azman membuat pendedahan hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Dalam pada itu, Vivi yang juga bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV ini berkata, isteri pertama Amar iaitu Arna Salleh mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

 

Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki.

VIVY JEFFRY

Isteri kedua Amar Asyraf

Biarpun tidak pernah bertemu, namun mereka hanya berhubungan menerusi telefon sahaja.

Kata Vivy, keluarga dan kawan rapat turut mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

“Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung menerusi telefon sahaja.

“Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini,” ujarnya.

Amar sedang menyelesaikan masalah ini dengan isterinya Arna Salleh.

Amar ketika dihubungi mStar pada Khamis memberitahu dia dan isterinya, Arna dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar.

Amar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

“Saya malukan diri sendiri kerana mahu dia bertanggungjawab!” – Ellika Azman

PAGI INI, wanita yang mendakwa hampir menjadi isteri ketiga Amar Asyraf, Ellika Azman mengakui kesalahannya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang.

Menurut Ellika, dia rela membuka aib sendiri kerana mahu aktor itu bertanggungjawab ke atas isteri kedua dan anaknya yang baru lahir.

“Saya akui apa yang saya lakukan itu (bercinta dengan Amar) salah sebab dia suami orang dan tidak sepatutnya saya teruskan hubungan tersebut.

“Tapi saya tak sangka sebenarnya dia ada dua isteri dan saya hampir jadi isteri ketiga. Saya dapat tahu pun daripada isteri keduanya yang menghubungi saya sendiri.

“Saya terpaksa malvkan diri sendiri sebab nak Amar bertanggungjawab pada isteri kedua dan bayi dia yang diabaikan,” kata Ellika ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Ellika mendedahkan dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang aktor yang berstatus suami sejak September tahun lalu dan bakal berkahwin pada minggu hadapan.

Saya terpaksa malvkan diri sendiri sebab nak Amar bertanggungjawab pada isteri kedua dan bayi dia yang diabaikan.

ELLIKA AZMAN

Pelakon teater

Namun dia terpaksa membatalkan perancangan itu selepas mengetahui Amar sudah mempunyai seorang lagi isteri dan bayi yang baru saja dilahirkan.

Walaupun tidak menyatakan nama namun jelas terpapar wajah Amar Asyraf dalam video dan foto yang dikongsinya di laman sosial.

Amar ketika dihubungi mStar pada Khamis memberitahu dia dan isterinya, Arna Salleh dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar.

Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu keputusan untuk membuat pendedahan itu dibuat selepas berbincang dengan keluarganya.

Pendedahan Ellika mengenai hubungan svlitnya dengan Amar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualakum, mungkin apa yg akan i share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak.Tapi demi Allah, apa yg i cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri i seorang sahaja, tapi sebagai manusia yg ada perasaan dan jugak tahap kesabaran yg selama ni i cuba kawal sehabis mungkin untuk menjaga aib and nama beberapa pihak yg terlibat termasuklah diri i sendiri. I harap apa yg berlaku dalam hidup i selama setahun ni cukup nemberi pengajaran untuk diri sendiri dan jgak semua perempuan di luar sana. . September, 2018, my relationship with this one guy yg bertatus suami orang bermula. I tahu benda ni memang salah and tak sepatutnya berlaku. But, i gagal. Bila hari2 dia text, call and meluahkan perasaan perasaan, lama2 i pun cair. Ya, my mistake. Tapi takde istilah i goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap i, bila lama2 tu i terjatuh hati jugak dgn dia. So bermulalah kisah cinta antara i dgn this guy. . Sampai lah March, dia datang jumpa parents i mintak restu. Then benda ni berterusan and jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah. And pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan. . Nak dijadikan cerita, sejak makin nak dekat macam2 benda jadi so i decide to istikharah &.. ya, Allah have a better plan for me. Alhamdulillah, last2 minute dpt tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni. Benda yang paling i terkilan and sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke harini. . So hari yang sepatutnya i patut jumpa his mama and abah, i sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni and batalkan semua plan nikah ni. So.. tiba2 dpt call dari dia. Niat i angkat tu sbnrnya nk bgtahu dia cancel jelah tp tiba2 kena tuduh dgn mama dia lepastu mintak i 100k lol. I akan share satu2 sbb taknak ada mana2 pihak anggap i reka cerita. I, dia and Allah tahu apa berlaku. I berani share walaupun benda ni mengaibkan diri i jgak but i dh tak kisah dgn semua tu sbb i ingatkn i dh cukup teraniaya rupanya ada yang lebih menderita dari i which is his second wife. And i hope takde lagi yg akan jadi mangsa. Stay tuned for more 🙂

A post shared by Ellika Azman (@elayka__) on

Ellika yang juga pelakon teater enggan mendedahkan identiti wanita yang didakwa isteri kedua pelakon Tanah Kubur itu.

“Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, barulah saya mengambil keputusan untuk mendedahkan semuanya.

“Saya kasihankan isteri kedua Amar dan bayi mereka yang baru lahir. Amar abaikan tanggungjawab dia dan membiarkan saja mereka.

“Buat masa sekarang, saya memang tidak akan beritahu identiti sebenar pihak kedua itu. Biar dia sendiri yang tonjolkan diri,” ujarnya.

 

Amar Asyraf jawab tudvh4n jalin hubungan sulit – “Saya dah bincang dengan isteri, ini libatkan maruah keluarga”

TERDAHULU, pendedahan seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman yang mendakwa menjalinkan hubungan dan hampir berkahwin dengan pelakon Amar Asyraf menjadi bualan hangat netizen.

Namun kata wanita berkenaan, dia membatalkan keinginannya itu selepas mengetahui pelakon Tanah Kubur tersebut sudah mempunyai dua isteri.

Sehubungan itu mStar menghubungi Amar sendiri bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan berkenaan.

 

Kata Amar, dia sedang berbincang dengan isterinya, Arna Salleh dan dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar.

Ellika turut memuat naik foto dan video mesra mereka di Instagram.

“Saya dah berbincang dengan isteri, kami tidak mahu libatkan pihak luar. Biar kami saja yang selesaikan masalah yang timbul ini.

“Buat masa sekarang, saya tak dapat nak beri komen lebih lanjut. Benda ini pun melibatkan maruah keluarga dan kami pun akan ambil tindakan seterusnya.

“Saya berharap orang luar tidak buat apa-apa spekulasi dengan hanya mengetahui satu cerita sahaja,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Saya berharap orang luar tidak buat apa-apa dengan hanya mengetahui satu cerita sahaja.

AMAR ASYRAF

PELAKON

Sebelum ini, beberapa portal hiburan melaporkan mengenai pendedahan seorang wanita yang mengakui mempunyai hubungan sulit dengan pelakon itu sejak September tahun lalu.

Menerusi pendedahan itu, Ellika berkongsi kronologi cinta mereka bersama beberapa keping foto dan video mesra yang dirakam pada tahun lalu.

Walaupun tidak menyatakan nama, namun video dan foto yang dikongsikan jelas terpapar wajah Amar Asyraf.

“September 2018, hubungan saya dengan seorang lelaki ini yang berstatus suami orang bermula. Saya tahu benda ini memang salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Hubungan Amar dan isteri masih baik.

“Sampailah Mac, dia datang jumpa keluarga saya minta restu selepas itu benda ini berterusan dan jadi lebih serius sampailah kami buat keputusan untuk bernikah yang sepatutnya berlangsung minggu hadapan.

“Saat akhir dapat tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak daripada perkahwinan kedua. Benda yang paling saya terkilan dan sedih, dia abaikan tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa sejak bayi itu dilahirkan,” tulisnya.

Kredit: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here