“Kalau Kena Dekat Kawan Laju Back Up”- Sharifah Sakinah Bantah Language Shaming, Pertahan Vivy Yusof?

0
273

Pelakon Sharifah Sakinah menyelar tindakan segelintir individu yang memperkotak-katikkan kemampuan pihak tertentu untuk menggunakan bahasa dengan baik.

Kata Sakinah, sikap suka memalukan pihak tertentu yang gagal berbahasa (language shaming) tidak seharusnya berlaku pada masa kini.

“Saya fikir ramai yang sudah sedar tentang ‘body shaming’. Bagus! Tetapi seperkara baharu yang saya mahu ketengahkan iaitu ‘language shaming’.

“Ia tidak ‘cool’. Salah grammar kutuk, salah spelling gelak, salah sebut sindir, sebut betul tapi ada slang pun kena!

“Tak kiralah sama ada seseorang itu cuba untuk bercakap bahasa Inggeris, bahasa kebangsaan atau apa juga bahasa, kita sentiasa perlu menyokong dan menggalakkan.

“Kerana untuk cemerlang dalam sesuatu bahasa kita perlu sentiasa berlatih dengan cara bercakap, bersosial dan menggunakan dalam kehidupan harian.

“Saya sendiri pun banyak belajar dan tak rasa diri saya sudah sempurna,” kata Sakinah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I think people would agree that Malaysian dah finally aware about body shaming. Good for everyone! But now I would like to highlight another kind of shaming. Language shaming is not cool you guys. Salah grammar kutuk, salah spelling gelak, salah sebut sindir, sebut betul tapi ada slang pun kene! Doesn’t matterlah whether a person is trying to speak English, Bahasa Kebangsaan or any other language, we should always support and encourage. Because to excel in a language we have to practice by speaking, socializing and use it in our daily lives. Me myself pun banyak belajar during these times and try not to think about being perfect.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

 

Baru-baru ini, usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof mendapat kecaman ramai apabila memperkenalkan ‘BM Challenge’ untuk melatih dirinya bertutur dalam bahasa Malaysia selama sehari.

Netizen menyifatkan tindakan Vivy itu memalukan dan menggelarkannya poyo memandangkan asal-usulnya sebagai orang Melayu yang sepatutnya fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang menyokong usaha Vivy memandangkan selama ini dia dibesarkan dengan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Vivy juga tidak melatah dengan kecaman netizen dan melihat kecaman itu dalam sudut positif.

Namun terdapat juga yang mengecam Sakinah yang dahulunya pernah memerli sajat 

sumber : gempak.com edit by  vwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here