Keadaan Bilik Di IPT Selepas Ditinggalkan Beberapa Bulan Mengejvtkan Pelajar

 

Malaysia telah menjalankan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) pada mac lalu. Kebanyakan pejabat, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi juga diarahkan tutup. Pada ketika itu kebanyakan para pelajar yang tinggal di asrama mahu pun rumah sewa mengambil peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Perintah secara mendadak itu membuatkan ramai tidak menyangka pusat pengajian masing-masing akan ditutup dalam tempoh yang lama. Namun begitu setelah beberapa bulan, ramai di antara mereka yang pulang ke asrama masing-masing untuk mengambil barang peribadi setelah menerima notis penutupan pusat pengajian tinggi sehingga Disember ini.

Dek kerana meninggalkan rumah sewa dan bilik masing-masing dalam tempoh lama, baru-baru ini ada pelajar IPT yang berkongsikan keadaan tempat tinggal sementara mereka itu di sosial media. Ada yang berkongsikan keadaan bilik yang bersepah diselongkar, najis haiwan, roti berkulat dan banyak lagi.

Ini antara perkongsian oleh beberapa pelajar IPT di Twitter:

 

Menurut pemilik akaun Twitter @thechimchims, sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing bilik tersebut sudah dikemas. Namun mungkin disebabkan kucing yang terperangkap di dalam bilik itu membuatkan ia berselerak.

Malah di ruangan komen, ramai juga pelajar lain yang berkongsikan keadaan bilik masing-masing seperti berikut:

“Bilik jadi jamban”

“Bilik kena punggah monyet”

“Samalah…”

Alahai, macam-macam ya. Dugaan buat mereka nampaknya.

Bertabahlah.

Sumber : HCL

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Keadaan Bilik Di IPT Selepas Ditinggalkan Beberapa Bulan Mengejvtkan Pelajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*