“Kenapa Dengan Trolly Aku Kau Angkut Sekali” – Rosyam Noor

0
116

Tular di laman sosial apabila seorang netizen membawa troli ST Rosyam Mart menaiki pengangkutan awam, LRT mencuit hari netizen.

Sikap tidak bertanggungjawab individu itu nampaknya telah mendapat perhatian Datuk Rosyam Noor, pemilik pasaraya tersebut.

Aduhhh Kenapa Dengan Trolly Aku Kau Angkut Sekali.”

 

Aduhhhh kenapa dengan troly aku kau angkut sekali

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Netizen ternyata keliru dengan kelakuan luar biasa individu itu dan menyifatkan tidak tahu mahu marah atau ketawa.

Mungkin disebabkan tidak mampu memiliki empunya pasaraya, dapat troli pun bolehlah.

[ VIDEO ]Tiga cawangan ST Rosyam Mart akan dibuka

Pengalaman bekerja selama lima tahun di kedai runcit, membuka mata penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor, 51, mengenai potensi perniagaan ini.

Berkongsi suka duka sebelum mampu membuka pasar raya ST Rosyam Mart, Rosyam memberitahu, antara cabaran utama yang dihadapinya ialah meyakinkan pihak bank untuk memberi pinjaman.

“SAYA PERNAH BEKERJA SEBAGAI PEMBANTU KEDAI RUNCIT KETIKA BERUMUR 13 TAHUN, SELAMA LIMA TAHUN ITU BANYAK YANG SAYA LIHAT ANTARANYA KEDAI RUNCIT MERUPAKAN KEPERLUAN MASYARAKAT DALAM MENDAPATKAN SUMBER MAKANAN.

“ANTARA CABARAN UNTUK MEMBUKA ST ROSYAM MART ADALAH UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN BANK SEBAB PERNIAGAAN INI MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR,” KATANYA.

Jelas Rosyam atau nama sebenarnya, Mohd Nor Shamsuddin, dia juga turut menanam impian perniagaannya itu dibantu rakyat tempatan sahaja.

Bagaimanapun, harapan itu diakuinya agak sukar.

“SELAIN ITU HARAPAN UTAMA SAYA SEWAKTU MEMBUKA PASAR RAYA INI JUGA ADALAH UNTUK MENDAPATKAN 100 PERATUS PEKERJA TEMPATAN.

“BAGAIMANAPUN, BARU SAYA TAHU PERKARA ITU MUSTAHIL SEBAB TIDAK MUDAH, MEMANDANGKAN SAYA MEMERLUKAN 400 PEKERJA DALAM MENGGERAKKAN PASAR RAYA INI SELAMA 24 JAM SEHARI,” KATANYA KETIKA DITEMUI PADA MAJLIS PEMBUKAAN ST ROSYAM MART DI SETIAWANGSA TADI.

Cukup terkejut dengan sambutan yang diberikan, Rosyan tidak teragak-agak untuk memberitahu ketika ini juga dia sedang merancang membuka tiga lagi cawangan ST Rosyam Mart.

“SAYA SUDAH MENETAPKAN TIGA LOKASI LAIN, ANTARANYA DI SHAH ALAM, BANGI DAN MELAKA.

“MENGAPA SAYA MEMILIH TIGA LOKASI INI ADALAH KERANA KEPADATAN ORANG MELAYU DI KAWASAN ITU. SAYA YAKIN ITU ADALAH LOKASI YANG STRATEGIK UNTUK ST ROSYAM MART,” KATANYA PANJANG LEBAR.

Selama 36 tahun bergelar sebagai anak seni, ternyata kejayaan dalam bidang peruncitan tidak akan menyebabkan dia lupa akan karier lakonannya.

“SAYA TIDAK AKAN BERHENTI BERLAKON, SEBAB ITU ADALAH PERMULAAN UNTUK SAYA DALAM MENDAPATKAN SEMUA INI. CUMA BUAT MASA INI SAYA AKAN HADKAN SAHAJA.

“DALAM MASA YANG SAYA JUGA SUDAH MENYIAPKAN TIGA FILEM DAN SEDANG BERBINCANG UNTUK SATU LAGI FILEM YANG AKAN MEMULAKAN PENGGAMBARAN TIDAK LAMA LAGI,” KATANYA. – UTUSAN ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber  : Media Hiburan via KoleksiViral

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook @Viwanita Press

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here