Sampai giliran aku, adik yang jaga kaunter tu terus puc4t.. aku dah syak

0
1025

V*N 2*24
Sri No****ka Bt Hassan.
920217-01-xxxx
No xx, Jalan Puteri x, Taman Puteri Johor.
Beza 1.3 auto biru..

Pada penama di atas Jika ada memberi kebenaran atau kenderaan telah bertukar tangan kepada seorang lelaki bercermin mata, berkulit putih sila nasihat beliau untuk jujur dalam hidup..

Jumaat – 9/8/2019 – H14:55M.
Stesen Minyak Shell Desa Petaling KL.

Aku bagi rm50 pada seorang adik yang jaga kaunter dalam usia 19-20 tahun untuk isi full tank di Pam no 10. Lepas isi pada harga rm5.61 aku terus ke kaunter untuk dapatkan baki. Kebetulan orang ramai masa tu. Aku ikut beratur. Paling depan ada seorang lelaki melayu berkaca mata ni lalu depan aku, kebetulan dekat tangan dia aku perasan ada balance rm44.40. ( note 20 dua keping & 4 keping note rm1 dengan syiling).
Aku tergerak tu baki aku, tapi aku tak nak tegur disebabkan kalau tersalah tegur dapat malu pulak. Aku bye sambil tunggu giliran aku.

Sampai giliran aku, adik yang jaga kaunter tu terus puc4t.. aku dah syak, dia dah salah bagi baki dengan orang lain.. (kesalahan adik ni dia cuai & mungkin disebabkan terlalu ramai orang yang beratur luar & dalam. Dan dia lupa nak tanya pam no berapa).

Dekat 10-20 minit aku tunggu, aku suruh dia clearkan orang dulu..

Lepas clear, dia mintak ma4f & nak pulangkan baki aku sambil dia tunjuk resit aku & brother kacamata ni.
Rm5 tu la balance brother tu..
Patutlah aku tengok masa kau lalu sebelah aku menggelabah semacam je..

Adik ni dia nak pulangkan baki aku, tapi aku tolak, aku cakap, aku ambik rm5 ni je (baki yang sepatutnya brother kacamata ambik)
Disebabkan aku pernah kerja jaga kaunter, dengan gaji kecik, aku faham macam mana perit bila close kaunter nak cari jumlah tepat. Kalau kau takda duit masa tu, terpaksa potong gaji atau pinjam dengan kawan2 kerja..

Dalam fikiran aku, adik ni first kerja dia dalam hidup. Aku tak nak dia tertek4n dalam usia muda ni. Aku dah biasa hidup dalam tekan4n, biar aku je yang tanggung..

Isu dia, brother ni dia tak hutang dengan adik ni, dia hutang dengan aku sekarang.
Aku tak nak tuntut rm44.60 tu, cuma aku nak dia datang mintak ma4f dengan adik tu.

Situasi adik tu masa aku cakap, aku ambik rm5 je, dia menangis depan aku, depan orang ramai. kau faham tak apa yang aku rasa masa tu?
Nilai kemanusiaan..
Mungkin bagi aku rm44.60 tu kecik, tapi bagi adik ni, besar..
Kalau tak, tak kan dia menangis..
Mungkin bagi perjalanan hidup dia, banyak tanggungan yang dia pikul, dengan jumlah tu dia boleh dapat 10 kilo beras yang tahan sebulan untuk keluarga, dengan nilai tu dia boleh dapat 44 kali urusan hospital kerajaan, dengan nilai tu dia dapat gembirakan hati mak ayah dia untuk makan malam..

Jadi.. aku tak nak kau ganti duit aku, tapi datang jumpa adik tu mintak ma4f disebabkan dalam hidup kau ni terlalu pentingkan diri, tak jujur dalam hidup, kau buat orang tertek4n dalam kerja..

Tak m4lu ke dengan Allah?
Mungkin kau ingat orang tak perasan, tapi orang yang perasan benda ni, aku sendiri pemilik baki yang kau ambik..
Kau z4lim dengan 2 orang sekali gus..
Bro… Hidup ni ada perjalanan.. tak t4kut ke Allah rent4p apa yang kau ada sekarang ni?

Kalau rasa hidup ada maru4h, datang je jumpa adik tu, mintak ma4f.. inshaAllah aku selalu isi minyak dekat situ, ada rezeki kita jumpa, takda rezeki pekerja situ akan cerita dengan aku selanjutnya..
Kalau kau datang mintak ma4f, anggap baki tu dengan aku selesai Dan posting ni akan terpadam disertakan permohonan ma4f aku..

Kepada pemilik kenderaan saya mohon ma4f..
Benda ni tiada kaitan dengan anda, tapi saya mencari orang yang saya maksudkan tu, lelaki, berkaca mata, pada tarikh & waktu yang saya terangkan diatas menaiki atau membonceng kenderaan yang di mention..
Jika anda kenal beliau, nasihat beliau dengan kasih sayang..

Sumber KuaLa PiLaH GRouP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here