“Terima Kasih Pahlawan” – Tabik Kepada Anggota Tentera Kutip Jalur Gemilang

0
312

 

JALUR Gemilang bukan sahaja bendera rasmi negara, malah ia juga diibaratkan seperti maruah diri dan tanah air kita.

Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan pada Ogos, jalur keramat itu megah berkibar di seluruh pelusuk negara.

Selain di premis-premis, bangunan mahupun kediaman, tidak kurang juga yang melekatkan bendera di kenderaan masing-masing.

Terbaharu, perkongsian foto oleh seorang individu dipercayai pegawai Tentera Darat Diraja Malaysia menerusi Facebook Mohd Fitri ternyata menarik perhatian warga maya.

“Inilah hati dan jiwa setiap tentera, setiap bekas tentera, setiap keluarga tentera, setiap penyokong tentera.

Jalur Gemilang megah dikibarkan khususnya menjelang sambutan Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun. (Gambar Hiasan).

“Bukan bendera yang kami puja, tapi kami faham nilai harga dan makna yang ada di bendera kita!” tulisnya menerusi kapsyen.

 

Saya pun kutip kalau bendera jatuh kat tepi jalan. Pernah ternampak anak-anak jiran pijak bendera. Saya tegur saya kutip.

NETIZEN

Posting tular itu turut disertakan dengan foto seorang anggota tentera yang sedang mengangkat bendera yang terjatuh di jalan.

Ia ternyata mengundang rasa sebak dan terbitnya semangat patriotik dalam kalangan pelayar Facebook.

Selain menerima lebih 4,000 tanda suka, ia turut dihujani pelbagai komen yang memuji tindakan murni anggota tentera berkenaan.

Malah, posting itu juga dikongsi lebih 2,000 pelayar laman sosial berkenaan.

“Allahuakhbar. Satu contoh teladan yang sangat baik ditunjukkan oleh anggota ni.

Antara komen netizen di Facebook.

“Terima kasih pahlawan kami. Jasa anda menjaga keselamatan negara ini hanya Allah yang mampu membalasnya.

“Bukan mudah mencapai merdeka, hargailah ia, bendera Malaysia ingatan sepanjang masa makna jalur dan warnanya.

“Saya pun kutip kalau bendera jatuh kat tepi jalan. Pernah ternampak anak-anak jiran pijak bendera. Saya tegur saya kutip,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, lokasi dan masa sebenar foto itu dirakam tidak dapat dipastikan.

sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here