Lebih Cantik Dari Zaman Remaja, Nia Ramadhani Nampak Lebih Anggun Walau Sudah Beranak 3!

0
106

Cantiknya dia! Makin meningkat usia dan ada anak, makin berseri-seri kecantikan Nia Ramadhani. Kalau tengok susuk tubuh ibu berusia 29 tahun ini pasti ramai yang tidak menyangka Nia sudah pun mempunyai tiga orang anak. Yang pasti, kejelitaan Nia hari ini lebih menarik berbanding ketika dia masih bergelar anak dara.

Mula mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Anindra Ardiansyah Bakrie pada April 2010.. perkahwinan yang meniti usia hampir sembilan tahun ini lebih bermakna apabila pasangan romantis Indonesia tersebut dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Mikhayla Zalindra (7 tahun), Manaika Zannati (4 tahun) dan Magika Zalardi (2 tahun).

Walaupun anak-anak masih kecil, tapi penampilan selebriti Indonesia ini tetap menawan dan mencuri perhatian. Bahkan, kemesraan Nia di samping suami tercinta juga cukup intim seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin.

Sedang menikmati percutian keluarga di London, Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani seorang yang aktif bersukan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan sukan ski. Antara pergunungan salji yang menjadi pilihan Nia untuk melakukan sukan berkenaan ialah Switzerland, New Zealand dan Australia.

 

Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie merupakan ahli lembaga pengarah bagi stesen television TV One dan dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.

Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu.. Susilo Bambang Yudhoyono. Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.

Nia memulakan karier seni di Indonesia sebagai penari cilik sebelum mengembangkan bakat dalam industri lakonan. Antara lakonan hebat Nia dan memberi kesan kepada penonton di Malaysia adalah menerusi sinetron popular, Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi pelakon handalan, Revalina S Temat.

Foto: Instagram Nia Ramadhani

Teruja! Sering Dikatakan Kembar, Akhirnya Amyra Rosli Jumpa Nia Ramadhani Di London!

Siapa sangka, sudah begitu ramai netizen yang menyamakan rupa paras cantik pelakon terkenal, Amyra Rosli dengan pelakon Indonesia iaitu Nia Ramadhani.

Bagamanapun, Menurut pelakon Nur, akhirnya dia telah bertemu Nia Ramadhani di London ketika bercuti bersama keluarga dan memuat naik foto di Instagram.

Seperti biasa, kedua pelakon terkenal dan cantik ini sering dikatakan kembar oleh peminat Amyra.

Macam kembar lah

Nia & Amyra kongsi moments bercuti di London

Menerusi Instagram, Nia yang mana sangat dikenali menerusi sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini turut berkongsi saat gembira bercuti bersama keluarganya.

Amyra juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi moments indah bersama suami, Amar Baharin dan si cilik comel, Aqeef Anaqi menerusi Instagram miliknya.

Foto percutian pasangan sama cantik, sama padan ini juga tular di Instagram, apatah lagi dapat melihat telatah comel Anaqi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Amyra Rosli, Nia Ramadhani via himpunanceritalawak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook @Viwanita Press

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here