Lelaki ni dah ‘Check Online’ untuk semak wang tidak dituntut. Tup-tup Dapat RM700++

0
2590

Rezeki tidak pernah salah alamat, begitulah yang boleh diceritakan tentang kisah lelaki ini bila melakukan proses semakan Wang Tidak Dituntut secara dalam talian.Tanpa diduga, ada RM 700++ miliknya yang masih belum dituntut.

Berita kegembiraan ini telah dikongsikan di akaun fbnya dan turut memaparkan step by step yang dilakukannya untuk memberi panduan kepada umum.

Jom fahami langkahnya, dan kemudian bolehlah disemak. Mana tahu, rezeki kita ada juga di sana.

Ini perkongsiannya.

Semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online

alhamdullilah.. wang tidak dituntut dalam RM 700++ boleh la buat beli jajan..

**********************************************

Cara untuk semakan wang tidak dituntut (WTD) secara Online

1. pergi ke laman web https://egumis.anm.gov.my/

2. untuk pengguna pertama kali – perlu mendaftar first – boleh click pendafaran

 

3. Isi maklumat yang diminta seperti email, kad pengenalan username dan pasword

4. Setelah selesai pendaftaran. anda boleh login kedalam portal (tidak perlu pengesahan melalui email)

5. Selepas login pertama kali, anda diminta untuk memasukkan pasword yang baru.

6. selepas itu anda diminta untuk kemaskini maklumat seperti alaman dan no tel

7. selepas selesai kemaskini.. anda dah boleh melakukan pencarian menggunakan no kad pengenalan – hanya 2 carian boleh dilakukan sehari.

 

8. jika ada wang tidak dituntut.. hasil carian akan memaparkan senarai berserta jumlah wang yang tidak dituntut

************************************************************************

cuba la.. mudah.. tak perlu pergi ke jabatan akaun negara dah untuk semakan.. tetapi untuk tuntutan bayaran balik.. perlu isi borang.. hantar by pos atau pergi kecawangan akauntan negara yang terdekat..

 

Borang tuntutan bayaran balik boleh didapati disini:

http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut

 

Sumber : Mohd Ruzaini Bin Hashim, Keluarga

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here