“Niat tegur atau mem4lukan?” – Pengikut kurang senang individu tanya Nora Danish bila nak bertudung

0
1402

GARA-GARA menegur pelakon Nora Danish dengan pertanyaan bila ingin memakai tudung, seorang netizen dikec4m di laman sosial aktres itu.

Nora, 35, yang memuat naik foto ketika menjadi juri program lawak pada Jumaat turut membalas komen tersebut dengan meminta individu itu mendoakan dirinya ke arah itu.

Tindakan seorang netizen menegur Nora mengundang kecam4n.

“Bila nak pakai tudung. Kita tak tahu bila dijemput pulang kepada pencipta kita,” komen individu tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sama kan dengan emoticon ni 😡🤣

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Tindakan individu itu menegur pemakaian isteri kepada Nedim Nazri menimbulkan rasa kurang senang pengikut aktres itu yang menganggap mempunyai niat memalukan.

Netizen kurang senang melihat pemakaian Nora ketika bercuti bersama keluarganya pada minggu lalu.

“Tegur cara nasihat antara berdua dik, ni kalau random ni macam nak memalukan.

“Kalau rasa belum baik, dahulukan tegur keluarga sendiri daripada menegur orang luar.

“Kalau nak nasihat, ada mesej peribadi yang boleh hantar kat situ. Perlu ada sedikit hormat pada orang lain. Nora, ada suami dan bukannya anda!” komen beberapa netizen.

Minggu lalu, segelintir netizen mempertikaikan pemakaian Nora yang dianggap terlalu sek5i dan tidak sesuai sebagai seorang ibu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Minggu 3 : Macam askar Jepun pun ada! 🤪💋 Ok semua bersiap sedia untuk #musikallawaksuperstar 9pm Di Astro Warna. • • Make up : @wiltonwong Hair : @hamidijamili

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Sumber Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here