Penat Jaga Hati Orang, Tiz Zaqyah Akui Kembali Solo

0
204
Kredit foto: Rotikaya

Pasti ramai mengetahui sebelum ini pelakon Tiz Zaqyah sering berkongsikan fotonya bersama kekasih Syed Hafiz sejak mula bercinta pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun, Tiz mengakui sudah putus cinta dengan jejaka itu sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Tiz hubungan dengan kekasihnya itu berakhir kerana tiada persefahaman. Akui sedih hubungan cinta yang dibina terputus ditengah jalan, namun Tiz menganggap tiada jodoh antara mereka untuk sampai ke jinjang pelamin.

“Penat terpaksa jaga hati dan perasaan orang lain. Siapa yang tidak sedih apabila putus cinta, tetapi saya anggap kami tiada jodoh untuk berkahwin. Buat apa saya nak bertahan jika hubungan percintaan itu tidak boleh diteruskan?”

Meskipun beberapa berdepan kegagalan dalam bercinta, Tiz berkta dia tidak serik untuk bercinta lagi dan mahu membuka buku baru. Namun, Tiz berkata buat masa ini dia mahu fokus dalam bidang lakonan selepas berehat lama sebelum ini.

“Saya tidak serik untuk bercinta lagi selepas ini. Pada masa sama, saya juga terbuka untuk berkawan dengan orang lain dan mahu buka buku baru,” katanya.

Terdahulu, Tiz juga pernah bercinta dengan seorang jejaka bernama Daniel Haziq namun hubungan itu juga putus di tengah jalan tidak lama dulu.

Netizen Minta Tiz Zaqyah Jemput Kahwin Nanti

Lama tak mendengar kisah cinta membabitkan Tiq Zaqyah, namun menerusi posting terbaru nampaknya pelakon itu sudah menemui cinta hati baru. Dengan kepsyen yang ringkas, Tiz tayang habis teman lelakinya!

 
 

Menerusi gambar yang dimuat naik, bahagia sekali senyuman yang dilemparkan Tiz bersama teman lelaki yang dikenali, Syed Hafiz. Ramai mula membanjiri ruangan komen mengusik pelakon cantik ini.

 

Biarpun hanya menyertakan kepsyen ringkas, ramai mengandaikan jejaka tersebut istimewa di mata Tiz. Selain netizen, beberapa rakan artis turut meninggalkan komen, menguatkan lagi andaian mereka bercinta.

Selain itu, tidak kurang juga netizen meminta Tiz menjemput mereka jika berkahwin nanti. Adakah Tiz dan teman lelaki bakal berkahwin tidak lama lagi? 

 

Kredit: Rotikaya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here