Pertama Kali Raya Tanpa Abam, Achey Dedah Apa Yg Arw4h Abam Buat Kpd Mereka Tiap Kali Raya

 

“Kami takkan lupakan dia, sentiasa nama dia ada dalam doa kami,” itu kata-kata Achey ketika diminta berkongsi secebis kenangan raya bersama Allahy4rham Abam Bocey.

Kata Achey, 33, suasana berbeza tahun ini apabila pagi raya tiada lagi keletah tawa dan bermaafan bersama arw4h Abam.

“Biasanya pagi raya kami bertiga akan bervideo call menerusi group WhatsApp dan bermohon maaf semula. Kemudian sebelum masing-masing balik kampung, kami akan berjumpa dan bermaaf-maafan.

“Ketika itulah segala kenangan lucu dan menggembirakan sepanjang setahun kami akan imbas bersama.

“Cuma tahun ini berbeza… sangat berbeza! Ia memberikan satu kesayuan kepada kami yang sangat merindui arw4h.

“Lebih meresahkan, kami tak boleh menziarahi pus4ra arw4h. Namun, doa kami tak pernah putus,” kongsi Achey kepada Gempak bersulam sebak.

Tambah Achey, arw4h Abam tidak pernah tidak membenarkan dia sekeluarga dan Fad pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa buah tangannya.

“Arw4h ni suka dan pandai memasak. Setiap kali sebelum saya dan Fad balik kampung dia akan bekalkan makanan antaranya kuih bakar dan lemang.

“Paling tak boleh dilupakan ialah serunding daging. Dia punya tu ‘the best’!” ujarnya.

Malah, kata Achey arw4h Abam akan sentiasa bermurah hati menghulurkan ‘duit raya’ kepada kami untuk keluarga.

“Selepas balik beraya di kampung, kami akan berkunjung sesama sendiri dan pernah sampai seharian melepak layan tetamu yang datang ke rumahnya.

“Memang kita saling menyokong sesama sendiri dan ralatnya kita tak dapat buat lagi tahun ini,” cerita Achey lanjut.

Akui sedih dan masih berdvka atas pem3ergian arw4h Abam pada Februari lalu, Achey memohon doa dan izin restu orang ramai untuk memaafkan kekhilafan mereka bertiga sepanjang bergelar anak seni.

“Saya mohon maaf andai ada salah silap daripada kami bertiga sama ada nampak atau tidak.

“Teruskan menyokong kami dalam industri dan percayalah, semangat beliau ada pada kami.

“Sedih memang sedih, sama-sama kita titipkan doa buat arw4h Abam. Damailah di sana sahabatku,” akhiri Achey.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meningg4l dunia di kediamannya di Gombak dipercayai akibat dem4m panas.

View this post on Instagram

Selamat hari raya !!!!…. #bocey

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Pertama Kali Raya Tanpa Abam, Achey Dedah Apa Yg Arw4h Abam Buat Kpd Mereka Tiap Kali Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*