“Is That Your Mom??” – Muatnaik Gambar Ratu Hati, Wajah Ibu Eyka Farhana Tarik Perhatian Ramai

0
662

Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi atau lebih mesra digelar Eyka Farhana merupakan antara artis muda terkenal yang  mana bakatnya sudah digilap sejak berusia 16 tahun lagi.

Mempunyai wajah yang menawan dan pernah dikatakan seiras dengan pelakon cantik, Nur Fazura, rezeki gadis berusia 23 tahun itu dilihat semakin mencurah-curah setelah tidak putus-putus menerima tawaran berlakon daripada  pihak produksi tempatan.

Terbaru, gadis yang berasal dari Ampang, Selangor itu sekali lagi menjadi perhatian ramai setelah memuat naik sekeping foto bersama ratu hatinya di laman Instagram.

Indah je rasa kalau dating dengan mama berdua tanpa kena ganggu dengan budak 2 orang yang kurang kasih sayang tu. Hehe, makan pun mama suap.

 

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian para pengikutnya adalah kecantikan yang dimiliki oleh ibu Eyka  yang dilihat begitu awet muda sehingga membuatkan mereka berdua kelihatan seperti adik beradik.

Ehh biar betul mak???

Mak ke kakak ni?

OMG lawanya mak dia

Patut lah dia cantik, mak dia pun lawa

Tidak kurang pula, terdapat juga netizen yang mengatakan Eyka mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here