“Saya Akan Masuk Bilik Air untuk mnangis dan meluahkan ksedihan yang dipendam” – Rita Rudaini

0
1013

BIDANG seni sudah sebati dengan jiwanya sejak lebih dua dekad lalu. Malah, kata pelakon popular, Rita Rudaini, 43, bidang lakonan periuk nasinya untuk menyara dua

anak, Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Rafqa Arjuna, 8, sejak bergelar ibu tunggal.

“Sudah lapan tahun saya membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal. Saya bekerja keras siang dan malam demi memastikan dua anak dapat pendidikan yang terbaik dan hidup

dengan lebih selesa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala urusan membesarkan anak dan karier seni dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Rita berkata, dia juga tidak suka menunjukkan kesedihan apabila berdepan masalah kepada dua anaknya itu.

“Terus terang, saya tidak suka menangis depan anak kerana mahu mereka anggap ‘mummy’ adalah hero mereka.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Sebelum

gelap td …tq adik 😘 siap kn kami @adikzwan

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Saya menangis bukan kerana diri ini lemah sebaliknya perlu meluahkan kesedihan itu untuk meneruskan kehidupan. Selalunya, saya akan masuk bilik air pada waktu malam

untuk menangis dan meluahkan kesedihan yang dipendam,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rita, dia juga sering bercerita kepada dua anak ada masanya dia juga menangis kerana berasa sedih dan penat jika mereka buat perangai.

“Apabila saya bercerita, anak faham dan mereka juga menangis sambil memeluk saya. Saya juga beritahu mereka tidak boleh buat saya berasa tertekan kerana jika sakit

saya tidak boleh bekerja dan siapa mahu menjaga mereka?,” katanya.

REZEKI TAK PERNAH PUTUS

Berbanding artis seusianya, Rita bersyukur kerana masih menjadi pilihan penerbit dan stesen TV untuk tampil sebagai heroin drama serta telefilem.

“Tawaran berlakon tidak pernah putus sampai sekarang. Cuma, saya lebih selektif soal watak kerana mahu pastikan ia meninggalkan kesan kepada penonton. Jika watak itu

tiada kelainan dan sama saja, lebih baik saya luangkan masa berkualiti bersama anak.

“Saya juga tidak ambil sebarang tawaran Ramadan lalu kerana mahu meluangkan masa dengan keluarga,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

#repost

@airitryan727 ・・・ Thank you,Mommy for taking care of me.Thank you for raising me up.Thank you for buying anything I want.I promise I will take care of you mommy and be a

better person to you and adik.Happy Fathers Day mommy and I love you mommy! . . . 😭😭kdg2 nampak je dia jenis cool…tp dia ni hati sgt sensitif….klau dia buat salah

kt mommy,dia cpt2 mintak maaf dgn linangan air mata dia…nampak dia ni mmg jenis yg menjaga family,tegas (mcm mommy) sgt bertanggungjwb…smlm bgtau dia ‘harini

fathers day’ …trus dia mintak fon mommy…dia voice watsap kt paklong @d4nimuz7 n paksu @neves7727 wish Happy Fathers day 😭 lps tu dia mintak buka ig dia n

mintak mommy letak pic..dia ckp dia nk wish something…mommy pesan pulak,lps tulis bg mommy cek dulu jgn post (mcm biasa sbb mommy xsuka ank2 mommy tulis benda pelik2

or komen2 kt ig org) terharu hati mommy,trus bersemangat mommy kemas umah buat mcm2..sbb kata2 anak2 adalah spt antibiotik utk mommy 😭 ..tkasih ank2..walaupon xpernah

mintak itu ini,xpernah merengek tanya ‘bapak’ ,xpernah merasa pegang tgn ‘bapak’ ,xpernah merasa spt kwn2 lain beraktiviti dgn ‘bapak’ ..mereka

sgt memahami walaupon usia masih kecik..smua tu kuasa ALLAH 😭 hadiahkn mommy anak2 yg xpernah REBEL …insyaallah klau cukup kasih syg n perhatian hanya dr seorg

ibu,anak2 xkn terasa asing …kasih ibu sgt luas,kasih ibu mengatasi segalanya..kasih ibu adalah kasih yg paling sejati…tkasih ryan n juna…tkasih hadir dlm hidup

mommy..tkasih ALLAH pinjamkn sy anak2 ini 😌..panjangkn umur kami ,permudahkan perjalanan hidup kami dan jdkan mereka anak2 yg soleh dan berbudi…amin..

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Rita berkata, dia baru selesai menjayakan baki penggambaran beberapa projek drama baru-baru ini.

Antaranya, drama Empat Penjuru dan dua projek telefilem apabila satu daripadanya arahan Rashid Sibir.

Dalam perkembangan lain, Rita menganjurkan pakej umrah bersama dengan Raza Holidays bermula 21 November hingga 01 Disember nanti.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

S Y A F

I K A H …. #maknakpelukboleh #tv3 . . 👗 : @blancheur_co

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Sumber Hetro Dan IG Rita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here