Shiera Ded4h Sisi Lain Sherry Alhadad Tarik Perhatian Wargamaya

 

Acap kali kita mendengar bahawa jika seseorang itu terlihat ceria malah sering tersenyum namun bukan bererti dia tidak merasakan sedih dan boleh sahaja disebalik senyumannya itu disembunyikan kesedihan.

Begitu jugalah yang membuatkan warganet terkejut setelah mendengar pendedahan mengenai pengacara yang sering mencuit hati ramai, Sherry Alhadad baru-baru ini.

Rasanya, ini merupakan kali pertama kisah tentang Sherry Alhadad dari sisi yang berbeza didedahkan, malahan pula dia yang sering dilihat gembira dan menghiburkan orang ramai namun disebalik itu tiada siapa yang tahu.

Menerusi Gempak, pendedahan tentang kisah Sherry Alhadad dilakukan Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera dalam satu rancangan Rumah 107 mendapat perhatian warganet.

“Bapa dia meninggal semasa dia berusia 9 tahun… namun ibunya tidak pernah langsung menghubungi kami atau saudara-saudara untuk minta bantuan.

“Tetapi Sherry… Ya Allah saya tidak perasan sebelum ini (situasi Sherry) kerana terlalu sibuk dengan kerja. Kini baru saya perasan Tuhan tolong dia, cantik perjalanannya. Ibu dia tak minta bantuan untuk besarkan anak-anak.

“Orang hentam-hentam tapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang harus ditempuhi oleh seseorang dalam kehidupan mereka.”

 

View this post on Instagram

Apa dah aku buat kat @sherry_alhadad Tengoklaa kalau nak nangis Tetamu kita minggu ni kak @shieraijoy & @sherry_alhadad tau! Nak tau apa geng Rumah No 107 tanya, haaaaaa kene tengok Jumaat ni okay! Rumah No. 107, setiap jumaat jam 9 malam hanya di Astro Warna Hd (107), Astro Warna (127) & Astro GO! @kei_ramoss @vicha_barbie @joey_daud @ropie_sryn_ @manrajalawak . #RumahNo107Warna #RumahNo107 #BarulahON #AstrosoON Nasihatkan sedara jangan tengok kang nangis

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Kehilangan ayah dari kecil, kisah pengacara popular ini yang tidak diketahui warganet membuatkan mereka meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen.

Dalam pada masa yang sama, bukan sahaja Sherry malah Shiera juga jarang dilihat berkongsi kisah sedih kerana dia ketahui ramai seorang yang ceria.

“First time tengok…”

 

“Best rancangan nie…”

Sumber : Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Shiera Ded4h Sisi Lain Sherry Alhadad Tarik Perhatian Wargamaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*