Tiba2 org ramai penuh depan Masjid. Terpaksa pohon bantuan polis

 

MASJID Al-Khauthar Tawau (MAKT) di Tawau diserrbu orang ramai yang ingin menunaikan solat Jumaat berikutan salah faham berkaitan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, semalam.

Pengerusinya, Khalid Mohd Tahir berkata, orang ramai mula menyerrbu kawasan masjid seawal jam 10.30 pagi walaupun waktu solat masuk pada 12.11 tengah hari selain pintu masjid masih ditutup untuk orang awam.

Katanya, berikutan situasi yang tidak terkawal itu, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan polis bagi menyuraikan orang ramai yang tidak mahu berganjak dan berkeras mahu menunaikan solat jumaat.

“Pelaksanaan solat Jumaat masih terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diputuskan Majlis Fatwa Negeri Sabah yang hanya membenarkan 40 orang jemaah sahaja menunaikan solat jumaat di dalam masjid.

“Pada hari ini, kami hanya menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Masjid, selain ketua-ketua jabatan dan orang awam terpilih sahaja,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu pengumuman Mufti Negeri Sabah berhubung keputusan jumlah jemaah yang dibenarkan dan ia (pengumuman) dijangka dibuat dalam masa terdekat.

“Sekiranya keputusan itu sama dengan keputusan yang dibuat di Wilayah Persekutuan iaitu membenarkan satu per tiga daripada kapasiti masjid, kami bersedia membenarkan orang awam solat Jumaat di Masjid Al-Kauthar, minggu hadapan,” katanya.

Khalid berkata, pihaknya akan menggunakan sistem pemberian nombor bagi memenuhkan ruang solat utama yang mampu menampung kira-kira 5,000 jemaah dalam satu-satu masa.

“Ini antara persediaan awal pihak masjid bagi mengelakkan berlaku kekecohan selain memastikan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Reaksi warganet

” tak faham Bahasa. Masjid ni pun satu pasang la banner besar2 perlaksanaan system pengiliran minggu ni sape minggu depan sape, yg deg1il hold lagi minggu seterusnya. Haissss,”

” Ikut sop la bila dah penuh jemaah bolih bersolat di luar kita jaga kita la jangan main serbu je semua org nak cari pahala jgn pulak dapat bala”

“Kerajaan Negeri dan Mufti perlulah ikut keputusan dan garis panduan Persekutuan. Kerana Persekutuan telah mendapat SOP dan nasihat daripada KKM dan MKN.”

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Tiba2 org ramai penuh depan Masjid. Terpaksa pohon bantuan polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*