“Tu bukan hantu” – Lelaki Dedah Motif Sebenar ‘Hantu Santa Claus’ Berdiri Atas Van

Baru-baru ini viral beberapa gambar di Facebook mengenai kelibat satu makhluk seakan-akan hantu berpakaian jubah putih tapi muka macam santa claus. Gambar itu menimbulkan ket4kutan terhadap orang ramai untuk keluar daripada rumah pada waktu malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.

Gambar-gambar itu dikongsi oleh seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Urabil Alias, 38 daripada Chukai di laman Facebook miliknya.

Sebenarnya, ‘makhluk’ tersebut merupakan dirinya sendiri yang sedang memakai jubah putih berdiri di atas van sambil digambar oleh isterinya. Dia tak menyangka gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, lapor Harian Metro.

Tujuan dia berbuat macam tu sebab nak mengusik remaja di kawasan perumahannya supaya tak keluar merayau pada waktu malam. Dia berharap agar mereka patuh dengan arahan PKP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

“Saya hanya ingin mengusik remaja yang degil di kawasan rumah di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung supaya tidak lagi keluar merayau pada malam”

Pendekatan yang dia buat tu berjaya dan ramai yang percaya seakan-akan ‘makhluk’ yang ada dalam gambar tu wujud.

Katanya, pihak berkuasa dah buat macam-macam cara untuk pastikan remaja-remaja ini patuh dengan PKP namun masih ada yang berdegil.

Ramai netizen bertanya adakah gambar tu gambar betul atau hanya edit semata-mata. Ada juga yang percaya sebab makhluk halus boleh tunjukkan diri dengan pelbagai rupa.

Dia berharap agar netizen tak menganggap gambar tu gambar sebenar sehingga menimbulkan tanggapan negatif dan kepercayaan karut .

Dia dan isteri memohon maaf sekiranya tindakannya itu agak melampau atau pun dianggap hanya mencari perhatian semata-mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : LobakMerah

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "“Tu bukan hantu” – Lelaki Dedah Motif Sebenar ‘Hantu Santa Claus’ Berdiri Atas Van"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*