Video Beraya Di Sempadan Negeri Undang Sebak Netizen

Umum mengetahui sambutan aidilfitri pada tahun ini adalah amat berbeza sekali daripada tahun-tahun sebelumnya. Sejak Arahan Kawalan Pergerakan dikeluarkan sudah 2 bulan kita dinasihatkan supaya untuk berada dirumah dan dilarang keluar jika tidak perlu. Selepas 2 bulan kerajaan telah melonggarkan arahan kawalan tersebut tetapi dengan bersyarat. 

Namun masih ada antara kita yang masih belum bertemu dengan ahli keluarga masing-masing walaupun jarak antara mereka tidak jauh. Bagi sebuah keluarga adalah kebiasaan apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, mereka bersalam memohon maaf serta bertukar juadah. Disebabkan oleh PKPB yang di arahkan oleh kerajaan, semua sempadan telah dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Bagi mereka yang ingkar akan dikenakan denda ataupun saman selain daripada diarah berpatah balik.

Tular video di media sosial menunjukkan seorang abang yang rindu akan adiknya, ingin menyambut Aidilfitri bersama tidak kesampaian kerana mereka tinggal di berlainan negeri dan terpisah oleh sempadan daerah yang telah dikawal rapi oleh pihak berkuasa. Mereka memutuskan untuk bertemu disempadan negeri tersebut tanpa merentasi sempadan tersebut demi mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. 

Video : 

Dalam video tersebut, terdapat beberapa orang ahli keluarga turut serta dalam pertemuan tersebut. Seorang yang dipercayai abang telah menyerahkan juadah raya untuk adiknya dan mereka sempat melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bertemu. Video tersebut berjaya mengundang seb4k dikalangan netizen. 

Komen Netizen : 

”Allahu sebaknya tengok “

” Demi mematuhi arahan yang dikeluarkan dan keselamatan orang lain..sebaknya ”

” Terima kasih kerana tidak mematuhi arahan kerajaan..”

”Kasih seorang abang,.. ”

 

Terima kasih kepada individu di dalam video tersebut kerana telah mematuhi arahan kerajaan.

 

Semoga wabak Pandemik yang menyerang kita ini cepat berakhir dan jika kita berkesempatan untuk merayakan Aidilfitri pada tahun hadapan, diharapkan semua keadaan telah pulih seperti sedia kala. Kita dapat merayakan bersama-sama dengan keluarga tercinta. 

 

Apa kata anda, silakan share.

Jom like Facebook kami ViWanita 

Sumber : Hot Fm Instagram olahan ViWanita

 

Be the first to comment on "Video Beraya Di Sempadan Negeri Undang Sebak Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*