[VIDEO] Pernampakan Oleh Kanak Kecil Ini Buat Ibu Cemas Bila Anaknya Tunjuk ‘Hantu’ Di Penjuru Katil. Tapi Tak Sangka Rupanya Ini Yang Dijumpai.

0
154

Setiap kali bayi kecil atau kanak-kanak meragam, pasti ada yang mengaitkan dengan ‘makhluk halus’. Tambahan lagi apabila kanak-kanak itu sendiri mengakui terdapat ‘entiti’ di dalam bilik.

Seperti kisah ‘suspen’ yang dikongsi pengguna Twitter ini, anak perempuannya tiba-tiba sahaja menunjukkan kepada satu objek yang berada di dalam bilik. Adui memang suspen betul.. rupa-rupanya!

Video:

Mendapat lebih 12k retweet, seorang ibu berkongsi video anak perempuannya yang ternampak hantu. Video berdurasi 15 saat tersebut menunjukkan anaknya sedang ‘point’ tempat hantu berada.

Ramai jugak yang suspen nak tengok rupa bentuk hantu itu. Namun, ini rupanya terjadi. Tak tahu nak menangis ke nak gelak.

Video:

Rupa-rupanya anak itu sedang menunjukkan mascot hantu pada bungkusan lampin pakai buang yang digantung di kepala katil. Aduh lawak betul! Rata-rata netizen terhibur dengan aksi comel yang mencuit hati anak wanita ini.

Seram beritahu suami anak nampak hantu

Memang cuak betul

Netizen terhibur ada yg kongsi cite seram

I heard yang baby baya amaya mmg nampak benda tu. Even my mom said when i was around amaya’s age i told the same thing to my mom. I tunjuk ada arwah nenek (jiran yang baru meninggal) kat tingkap. And that time mak i dengan i je berdua dekat rumah. Seram

Katanya ada budak memamg boleh nampak

bdk2 boleh nampak.. jiin jenis ummu sibyan suka takutkn bdk2.. suka melekat kt dinding ibarat cicak.. cari la artikel pasal jiin tu.. ada cara nk usir keluar kalau tak silap..

Artikel berkaitan: 12 Panduan Elak Gangguan Jiin Ummu Sibyan Pada Bayi Dikongsi Ibu Yang Berpengalaman Melaluinya

G4ngguan jiin Ummu Sibyan dikatakan sering berlaku ke atas bayi yang berusia bawah 2 tahun. Elakkan bayi daripada kena gangguan jiin ini yang biasanya akan menyebabkan si comel menangis tanpa henti dalam jangka masa panjang.

Puan Sarah Hussin yang berpengalaman melaluinya detik cemas tersebut bila bayinya menangis tanpa henti waktu malam tanpa mengetahui apa sebabnya. Oleh itu dia berkongsi cara untuk elakkan bayi terkena gangguan serta langkah-langkah yang boleh diamalkan oleh ibu ayah untuk mengelakkan rumah dari gangguan sya1tan.

ASSALAMUALAIKUM ibu-ibu semua. Ini kes anak saya, Safiyyah, beberapa bulan lepas. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua. Masa kejadian, Safiyyah tidur jam 8 malam. Selepas menidurkan anak, saya terus pergi ke dapur untuk makan. Baru saja nak suapkan nasi ke mulut, Safiyyah sudah merengek, kemudian menangis.

Terus saya pergi mendapatkan dia. Masa itu Safiyyah menangis tak buka mata, dalam hati sudah terdetik mesti ada sesuatu yang tak kena. Safiyyah menangis dengan kuat pada masa itu. Dari saya cuba dukung, beralih ke suami, sehingga abang Iman agah-agah pun tak jalan juga. Dari jam 8.30 malam hingga 10 malam berterusan menangis.

Pada mulanya saya syak Safiyyah mungkin menangis disebabkan kembung perut. Disapu minyak angin di bahagian perut, kaki, betis dan tapak tangan. Tetapi Safiyyah masih begitu juga dan semakin kuat pula tangisannya. Apa yang saya perasan pada masa itu, Safiyyah menangis dalam tidur, tanpa membuka mata. Bila saya cuba kejutkan dia, dia buka mata kemudian matanya ditutup semula. Ibarat Safiyyah mengantuk sangat-sangat.

Ayat al-Quran Sebagai Penawar

Disebabkan kami semua sudah buntu pada masa itu, Rafi terus menghubungi mak dia dan ajak pergi berubat. Jam 10.30 malam, lalu di tempat yang agak gelap. Sepanjang jalan buka ayat Al-Quran. Tetapi semasa Safiyyah berada di dalam kereta, dia tak menangis pun, elok saja tidurnya.

Sampai di rumah Pakcik Hussin, baca ayat Al-Quran. Disapu badan Safiyyah dengan air yang dibacakan itu. Safiyyah memang sudah tidak menangis lagi. Menurut Pakcik Hussin, ada ‘orang’ tarik-tarik kaki Safiyyah. Patutlah Safiyyah menangis tetapi kaki dia macam menendang-nendang seperti ada sesuatu di kakinya. Semasa saya pegang kaki Safiyyah pun tendang-tendang tangan saya.

Dalam otak terus terfikir, apalah yang saya sudah buat sehingga menyebabkan Safiyyah menjadi begitu? Baru saya teringat yang hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat. Saya ada bawa Safiyyah berjalan-jalan di depan rumah. Masa itu hari tak elok, nak hujan dan angin kuat. Selepas itu abang Iman ajak main pop-pop di luar.

Semasa Iman bermain itu, jam 6.30 petang dan angin kuat. Saya leka duduk di luar rumah dengan angin yang kuat. Maafkan mama, Safiyyah. Semasa menidurkan Safiyyah, saya lupa nak pasang ayat Al-Quran di sebelahnya. Rasa hari itu banyak sangat leka sampai semua benda terlupa nak buat. Maafkan mama Safiyyah.

Sebelum pulang, Pakcik Hussin berpesan yang ‘benda’ itu sudah tak ada tetapi dia tidak jamin kalau dalam perjalanan pulang nanti ‘benda’ itu datang balik. Berderau darah saya mendengar kata-katanya itu.

Selepas pulang, Safiyyah okey sahaja, dia menyusu sehingga tertidur. Tetapi pada jam 1 pagi, Safiyyah menangis lagi, sama seperti kejadian awal tadi. Terus rasa seperti nak menangis pada masa itu. Banyak salah yang saya buat hari ini sehingga Safiyyah jadi begitu.

Saya terus ambil air yang diberi oleh Pakcik Hussin dan usap pada muka Safiyyah sambil selawat dan meminta perlindungan Allah. Alhamdulillah Safiyyah menangis sekejap sahaja.

Semenjak dari peristiwa itu, saya memang tak bawa Safiyyah berjalan ke mana-mana lagi selepas jam 6 petang. Tepat jam 6.30 petang, pintu dan tingkap wajib ditutup. Saya tidak mahu kejadian yang sama berulang.

Amalkan Ini Sebelum Masuk Rumah

Dan bila difikir-fikirkan, mungkin inilah yang selalu disebut-sebut orang iaitu Ummu Syibyan. Selama ini selalu baca tentang Ummu Syibyan tetapi tidak sangka boleh terkena pada Safiyyah. Memang kena ambil langkah berhati-hati selepas ini.

1. Lafazkan ASSALAMUALAIKUM DAN BISMALLAH sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah sebab sya1tan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita.

Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu kecuali bilik air sebab itu adalah tempat lepak sya1tan. Jadi tak perlu beri salam, cuma kena baca doa meminta Allah melindungi kita dari gangguan sya1tan.

2. Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran dalam rumah. 3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah. Jangan biar satu bilik kosong lama-lama. 4. Tutup tong sampah dan jangan biarkan sampah berterabur terutamanya tulang temulang sebab itu adalah makanan jiin.

5. Sebelum maghrib, tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk tubuh badan. Kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jiin dan angin merupakan kenderaan jiin. 6. Angkat pakaian di ampaian sebelum maghrib. Ini semua ada kaitan dengan sihir melalui angin. Sebab itu sesetengah alim ulama akan membasuh semula pakaian yang terdampar dpada waktu maghrib ke atas.

7. Kalau orang yang sedang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia. Kejut dengan lembut, jangan secara kasar. 8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur, rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal.

9. Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu pintu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan memberi salam.

10. Elakkan ketawa dan bersedih berlebihan. 11. ‘Pagar’ rumah setiap hari, baca ayat kursi dengan tujuh tempat wakaf dan tiup pada setiap penjuru bilik. Selalu baca surah Al-Baqarah.

12. Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah. Jangan buat perkara lalai sebab perkara-perkara seperti ini yang menarik perhatian makhluk halus.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari gangguan sya1tan laknatullah. Semoga menjadi iktibar pada kita semua.

sumber : majalahpama.my via Memorikini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here