Warganet Kagum Stamina Menteri Kewangan Tengku Zafrul!

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sepanjang hari ini menjadi perbualan warganet selepas memuat naik catatan masa selepas menjalani latihan pecut (speed training).

Perkongsian yang dibuat Tengku Zafrul menerusi laman sosial Facebook (FB) beliau telah mendapat 33,000 reaksi, 2300 komen dan dikongsi lebih 1200 warganet sejak dimuat naik sejak jam 8 pagi tadi (Sabtu) sehingga artikel ini ditulis.

Sementara itu di Instagram (IG), hantaran yang sama turut mendapat perhatian lebih 10,000 pengikut dengan ratusan komen.

Rata-ratanya kagum dengan catatan masa yang dicatat Tengku Zafrul iaitu di bawah lima minit bagi setiap kilometer (KM).

“Pagi ini saya menjalani latihan pecut atau “speed training” yang bertujuan menambah kelajuan dan stamina.

“Alhamdulillah berjaya mencatatkan masa bawah 5 minit bagi setiap km.

“Bagi yang ingin tahu “routine” saya, pagi ini saya mulakan dengan larian memanaskan badan 4km, 5km larian pecut dan kemudian “warm down” untuk 4km.

“Cara terbaik memulakan hujung minggu, harap semua sahabat FB turut beriadah dengan aktiviti kegemaran masing-masing!,” tulis beliau.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang berpesan kepada Tengku Zafrul supaya sentiasa berhati-hati dengan persekitaran, tambahan lagi beliau sering mengemaskini aktiviti dan lokasi yang dikunjungi.

Pada minggu lalu, Tengku Zafrul meraikan kejayaan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool yang muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berlari sejauh 21.1 kilometer di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

Pagi ini saya menjalani latihan pecut atau “speed training” yang bertujuan menambah kelajuan dan stamina. Bagi yang ingin tahu routine saya, pagi ini saya mulakan dengan larian memanaskan badan 4km, 5km larian pecut dan kemudian warm down untuk 4km. Cara terbaik memulakan hujung minggu, harap semua sahabat turut beriadah dengan aktiviti kegemaran masing-masing! ********** Did speed training today. Happy to record below 5 pace. Good to do once a month to increase pace and stamina.‬ Routine today: 4km warm up, followed by 5km sprint and 4km warm down. Great way to start the weekend! Hope all of you have a great weekend too!

A post shared by Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) on

Sumber : Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Be the first to comment on "Warganet Kagum Stamina Menteri Kewangan Tengku Zafrul!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*