“Ya Allah…walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sygg!,”- Ali Puteh

0
569

Pelawak yang kini sedang bersaing dalam program, Maharaja Lawak Mega 2019 bersama kumpulan Puteh, Ali Puteh merakamkan rasa syukur kerana perkembangan kesihatan permata hatinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah menunjukkan perkembangan positif.

Kongsinya menerusi Instagram, dia dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantvng anaknya kini kian baik meski masih menggunakan bantuan mesin.

Malah, paru-parunya juga mulai aktif meski masih lemah.

“Hari ke 6…alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan rakan dan seluruh rakyat malaysia yg tak putus doakan ainul mardhiah.

”Dapat berita dri doktor yg jantvng adik dah mula bernafas sendiri tp still gunakan mesin bantuan mesin..paru2 die dh mula aktif tp masih sgt2 lemah.

”Ya Allah…walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sygg…trima kasih semua…doakan ainul teruss kuatt!!!! Sharifah nur ainul mardhiah,” tulisnya sambil disertakan dengan foto anak tersayang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ke 6…alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan rakan dan seluruh rakyat malaysia yg tak putus doakan ainul mardhiah…dpt berita dri doktor yg jantung adik dah mula bernafas sendiri tp still gunakan mesin bantuan mesin..paru2 die dh mula aktif tp masih sgt2 lemah…ya allah…walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sygg…trima kasih semua…doakan ainul teruss kuatt!!!! Sharifah nur ainul mardhiah

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

 

Terdahulu, menerusi laporan mStar, Ali mendedahkan bayinya sebelum ini mengalami masalah injap jantvng terbalik dan jantvng berlubang.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu anaknya dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Khilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pada hari kelima bayi itu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.

Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia dua tahun.

Isnin lalu, anaknya telah menjalani pembedahan selama 12 jam berikutan masalah injap jantvng terbalik dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

 

Foto: Instagram Ali Puteh / Media Hiburan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here