Zizan Razak Perrli ‘Rekaan Terbaru’ Motosikal Shuib… Lawak!

0
279

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman melucukan apabila motosikal jenis Y15ZR (YSuku) miliknya ‘bertukar wajah’ selepas diubah suai oleh isterinya sendiri, Siti Sarah.

Hasil kreativiti Sarah itu telah dimuat naik di Instagram Shuib malam semalam.

“Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhiasa dibuka sekarang,” katanya.

 

Tajuk Filem: Asalkan Kau Bahagia Tempahan utk moto berhias dibuka skrg!!! . . @sitisarahraissuddin @ysukushuib #yssproject #ysukushuib #Loveta #HoneyJuana #shuibchannel

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Sehingga kini ruangan komen pada entri Shuib itu telah dibanjiri dengan pelbagai reaksi menarik dari netizen serta rakan artis.

Paling melucukan adalah komen daripada pelawak Zizan Razak.

“Ib, Aku rasa kau boleh konvoi bila tiba hari kebangsaan. Macam perarakan hari merdeka je motor kau tu,” kata Zizan.

Komen Zizan itu sekali gus mencuri tumpuan netizen termasuklah pelakon Nabila Huda.

Sehingga kini komen terbabit telah menerima 4,497 likes.

 

selamat hari raya dari kami sekeluarga..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Sementara itu, Sarah turut memuat naik video penuh di sebalik tabir pembikinan motosikal berkenaan di entri Instagramnya.

Berdasarkan video terbabit, Sarah telah menambah motosikal itu dengan pelbagai perincian dan corak.

Menurut Sarah, dia mahukan sesuatu yang lebih nampak ganas, ‘robotish’ dan pada sama sama nampak diva.

Anda boleh lihat video penuh dibawah:

 

Nak tahu reaction Shuib? Boleh tgk dkt Youtube Channel saya

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Sumber : Gempak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook @Viwanita Press

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here